Merangka, merancang, mengendali, menyelaras dan memantau isu-isu mengenai tadbir urus penyelidikan seperti pengurusan geran penyelidikan, penyelarasan penyelidikan, kawalan dan pemantauan penyelidikan serta penerbitan hasil dapatan dan laporan penyelidikan.

Memberi penekanan dalam pelaksanaan polisi, peraturan, garis panduan dan prosedur penyelidikan bagi menggalakkan, membudayakan dan mempromosi aktiviti penyelidikan di kalangan warga ISN.

Menetapkan penanda aras makmal bersepadu yang berorientasikan sains, perubatan dan teknologi sukan.

Menetapkan hala tuju penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan.

Melaksanakan projek-projek penyelidikan lanjutan yang berimpak tinggi, berinovasi dan mempunyai nilai-nilai pengkomersialan.

Menguruskan pangkalan data Bahagian yang merangkumi data-data projek penyelidikan, maklumat geran penyelidikan, maklumat kertas cadangan penyelidikan dan penghasilan dapatan penyelidikan.